Thread: Ipoh Auto City
View Single Post
  #2  
Old 31-01-2007, 07:29 AM
fly fly is offline
Member
Papaya
 
Join Date: Mar 2006
Posts: 58
fly is on a distinguished road
Default

KARS buka cawangan di Ipoh



LS ASSOCIATES (SEA) Sdn Bhd akan membuka pusat jualan kereta mega keduanya, KARS di Ipoh atas tapak 12 hektar bersebelahan laluan lebuh Raya Utara-Selatan dan Plaza Tol Jelapang, di Bandar Meru Raya.

http://avn.innity.com/avnvw.php?camp...1152&n=3822357
Syarikat itu semalam memeterai perjanjian dengan PCB Development Sdn Bhd (PCB), anak syarikat Perak Corporation Berhad bagi melaksanakan projek berkenaan.

Mengikut perjanjian itu, LS Associates akan mengurus dan mempromosikan pusat jualan itu, manakala PCB akan membina infrastruktur serta kemudahan membabitkan kos RM15 juta.

Pada majlis yang diadakan di Ipoh semalam, LS Associates diwakili Pengerusinya, Tan Sri Adzmi Abdul Wahab dan Pengarah Urusannya, Abdul Wahab Abd Hamid manakala PCB oleh Pengerusinya, Datuk Harun Ahmad Saruji dan Pengarahnya PCB, Sharifah Nor Hashimah Syed Kamaruddin.

Ia disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Adzmi yang juga bekas Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) berkata, syarikatnya memilih Ipoh sebagai lokasi kedua KARS selepas Kuala Lumpur kerana kedudukannya yang strategik di laluan lebuh raya Utara-Selatan.

Beliau berkata, kemudahan yang disediakan serta kerjasama yang diberikan kerajaan negeri Perak bagi mewujudkan KARS amat memberangsangkan dan mampu menjadikannya sebagai tarikan baru di Perak.

Katanya, apabila KARS Ipoh beroperasi sepenuhnya Ogos tahun depan, ia bakal menjadi hub automotif utama di Perak yang mampu menarik ramai pembeli dan penjual serta pihak terbabit dalam industri itu.

"Kemudahan di KARS Ipoh termasuk dewan pameran, blok pentadbiran, pusat jualan kereta baru dan terpakai, tempat melelong, muzium kereta klasik, pusat penyiaran, medan selera, surau dan plaza terbuka," katanya.







"Selain menjadi tempat penjual dan pembeli bertemu, beberapa kemudahan lain akan turut di sediakan seperti bank, syarikat insurans, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom.

"Dengan wujudnya pusat berkelompok ini, orang ramai tidak lagi perlu ke beberapa lokasi untuk menyelesaikan proses membeli dan menjual kereta kerana semua kemudahan berkenaan disediakan di bawah satu bumbung di KARS Ipoh," katanya.

Sementara itu, Tajol Rosli berkata, projek KARS Ipoh itu adalah sebahagian daripada usaha menjadikan Bandar Meru Raya sebagai bandar raya automotif.

"Kerajaan negeri yakin dengan potensi serta lokasinya yang strategik KARS Ipoh mampu menarik ramai penjual kereta duduk di bawah satu bumbung," katanya.

Tajol Rosli berkata, pasaran di kawasan berhampiran lebuh raya Plus adalah besar dengan jumlah trafik lebih 10 juta setahun dan wujudnya KARS Ipoh dan beberapa projek lain akan dapat meningkatkan jumlah trafik masuk ke bandar raya itu.

Pusat jualan kereta mega, KARS atau singkatan bagi `Kereta Ada Ramai Sayang' pertama LS Associates adalah di Jalan Cochrane Kuala Lumpur yang dibuka April tahun lalu.
Reply With Quote