View Single Post
  #6  
Old 21-06-2006, 11:51 AM
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Senior Member
Rambutan
 
Join Date: Jun 2006
Location: Global Citizen
Posts: 1,654
KatoeyLover69 is on a distinguished road
Default Henti guna lambang ‘786’

Laporan daripada Berita Harian bertarikh Rabu 21hb Jun 2006 :-

Henti guna lambang ‘786’

JOHOR BAHRU: Peniaga Malabar Muslim di negeri ini diminta tidak lagi menggunakan logo `786' yang sering dianggap bertuah di kalangan masyarakat berkenaan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Angka yang dipercayai berasal dari 'Bismillah ar-Rahman ar-Rahim' yang sering digunakan pada papan tanda perniagaan atau menjadi logo sesetengah persatuan Malabar itu akan diganti dengan logo baru apabila diwartakan tidak lama lagi.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata pihaknya meminta masyarakat Malabar supaya mengelak menggunakan angka berkenaan kerana ia boleh membawa kekeliruan dan menimbulkan isu sensitif di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta tiga persatuan Malabar yang dianggotai lebih 5,000 penduduk di negeri ini turut berperanan memberi penerangan mengenai arahan baru itu.

"Keputusan itu diambil selepas isu penggunaan angka 786 diperdebatkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor dengan pihak Lajnah Fatwa Negeri Johor selama beberapa bulan.

"Kami mengenal pasti beberapa perkara tidak disenangi mungkin timbul akibat penggunaannya secara berterusan pada masa depan. Penggunaan angka itu di kalangan penduduk Malabar sudah digunakan secara turun-temurun, terutama dalam bidang perniagaan.

"Walaupun tujuan penggunaan angka berkenaan lebih 50 tahun lalu tidak bermaksud buruk, ia boleh mengelirukan umat Islam selain menimbulkan isu sensitif," katanya yang mendakwa segelintir penduduk Malabar menganggap penggunaan angka itu boleh membawa tuah dan untung.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan logo baru Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ) selain merasmikan mesyuarat agung tahunan persatuan itu kali ke-41 di Hotel Seri Malaysia, di sini, petang, kelmarin.

Sementara itu, Yang Dipertua JMMNJ, Maidin Hussen berkata, arahan pihak berkuasa mengenai angka berkenaan yang digunakan lebih 50 tahun lalu dipercayai akan mendapat kerjasama pelbagai pihak.

Beliau berkata, pihaknya meminta semua peniaga Malabar Muslim supaya lebih berhati-hati dengan penggunaan sebarang logo mahupun ayat yang dipetik dari Al-Quran dalam urusan perniagaan.
--- KatoeyNewsNetwork
Reply With Quote